Monday 11 July 2011

Luqman The Wise

"If in prayer,take care of your heart;
If eating,take care of your throat;
If in another man's house,take care of your eyes;

If you are among people take care of your tongue.
Remember two matters and forget two matters :

Remember Allah SWT,and death;
Forget any good that you have done to another;
And any evil that was done to you by another.
"Islam is not what Muslims do,but what Muslims should do.And to know what they should do,one needs to learn what are in fact the teachings of Islam.Then after knowing that,then you judge Muslims in accordance with what Islam is.Not to judge Islam in accordance with what Muslims do."

outstation

Assalamualaikum...malam ni ammar da pergi outstation pulak..belengu ammar nanti kat sane..kalau ada banyak benda nk buat kat sane nanti xpe,ni tak takut2 lagi membosankan lagi..rasa malas pun ada ni nak pergi...harap-harap dengan doa Allah SWT lindungi ammar semasa berada di sana..12 hari di sana dan selepas itu ammar akan balik lagi seminggu nak berpuasa...bulan puasa selama ini yang ammar nanti-nantikan..maklumlah time bulan puasa ini lah mase untuk kte semua sebagai umat islam mencari pahala sebanyak yang mungkin..semasa pemergian ammar harap kawan2 ammar iaitu faidz dan fitri jage diri baik-baik beb...

Ammar merindui seseorang yang cukup sempurna di dalam hati..semoga insan istimewa ini menjaga dirinya sebaik mungkin..iaitu emak yg tercinta..

Muhammad Ammar...

Solat

Pengertian Solat


Solat dipetik dari perkataan Sallaa yang bermaksud berdoa dan mendirikan sembahyang.Namun ramai yang mengguna pakai perkataan SEMBAHYANG untuk menterjemahkan kata SOLAT ini.Sebenarnya perkataan SEMBAHYANG dirasakan kurang tepat dalam menterjemahkkan kata Sallaa kerana sembahyang berasal dari bahasa Sanskrit yang mana berasal dari dua suku kata yang disatukan iaitu Sembah dan Hyang.Sembah membawa maksud menyembah manakala Hyang membawa maksud Dewa.(Menyembah dan memuja dewa!)

Oleh yang demikian adalah lebih tepat kita menggunakan kata SOLAT untuk istilah SEMBAHYANG.SOLAT telah diambil dari bahasa Arab Al-Quran yang mengandungi erti yang dalam dan halus jika dibandingkan dengan bahasa lain di dunia ini.

Jadi pengertian Solat dari segi syari' iaitu menyembah Allah SWT dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam,serta dikerjakan pada waktu tertentu.

Saturday 9 July 2011

Pandangan islam terhadap cinta

Cinta, menurut pandangan Islam, merupakan satu perasaan yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri pula adalah fitrah manusiawi. Allah SWT yang menciptakan manusia, maka Dia jugalah yang mewujudkan perasaan cinta di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah SAW menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.


"Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintainya."
(HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)


Pandangan yang mengatakan bercinta ditegah sama sekali dalam Islam adalah tidak tepat. Hakikatnya, muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaannya. Islam sama sekali tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam menyediakan saluran terbaik untuk itu, tidak lain tidak bukan, melalui ikatan pernikahan, yang mana sepasang manusia lelaki dan perempuan diberikan kebebasan untuk bercinta.




Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah). Janji Allah adalah jelas dan pasti, jadi tidak perlulah diberikan alasan untuk jatuh cinta dahulu barulah berani menikah, atau bercouple dahulu baru menikah, sehingga yang menyatukan pasangan ini adalah si syaitan durjana (na3udzubillaahi min dzaalik). Di sini jelas bahawa Islam membenarkan cinta, tetapi haruslah mengikut batasan yang ditetapkan, supaya nanti tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.


# Enam Peringkat Cinta

Cinta itu amatlah luas. Satu perasaan yang boleh diberikan kepada sesiapa/ apa-apa sahaja. Justeru itu, Islam memberikan garis panduan mengenai peringkat-peringkat cinta, kepada siapa/ apa cinta harus didahulukan dan diutamakan, dan kepada siapa/ apa pula cinta itu harus diakhirkan. Tidak wajarlah bagi kita untuk menyetarakan kesemuanya.


"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al-Baqarah: 165)


Menurut Syaikh Ibn Al-Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul-mahabah), iaitu:


1) Peringkat 1 (paling tinggi/ agung): tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata.


"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am: 162)

"…Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…" (Al-Baqarah: 165)


Jadi, ungkapan-ungkapan seperti "Dikaulah yang sentiasa bertakhta di hatiku, bersemi di dalam qalbuku", "Ku sebut namamu di setiap degup jantungku", "Cintaku hanya untukmu," dan sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Ini adalah kerana Dia lah yang memberikan kita segala nikmat serta kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dari dalam rahim ibu lagi.

Jangan pula dilakukan sesama manusia! Baru sahaja diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari buah hati, terus hanyut lalu membuat keputusan menyerahkan jiwa raga kepadanya, sedangkan itu merupakan hak Allah! Lupa kepada Pemberi Nikmat…


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."
(Al-Baqarah: 164)


2) Peringkat ke-2: 'isyk, yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW. Cinta terhadap Rasulullah SAW bermaksud cinta yang melahirkan rasa hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukanlah untuk menghambakan diri kepadanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihimu serta mengampunkan dosamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Aali Imran: 31)


3) Peringkat ke-3: syauq, iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Ini termasuklah cinta yang wujud antara hubungan suami isteri dan juga hubungan ibubapa dan anak, yang mana ianya akan membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4) Peringkat ke-4: shababah, iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah. Cinta yang membuatkan kita ingin selalu mendampingi sahabat seagama kita demi memartabatkan lagi agama Islam melalui perkongsian ilmu serta dakwah.

5) Peringkat ke-5: 'ithf (simpati), yang ditujukan kepada sesama manusia secara keseluruhannya, baik sesama Muslim mahupun dengan yang bukan Muslim. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.

6) Peringkat ke-6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/ keinginan kepada selain dari manusia (cinta kepada harta benda umpamanya). Namun demikian, keinginan ini sebatas intifa' (pendayagunaan/pemanfaatan).


# Hubungan Cinta dan Keimanan

Dalam Islam, cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang itu kepada kemuliaan; sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang itu ke jurang kehinaan.

Cinta dan keimanan laksana sepasang sayap burung. Imam Hasan Al-Banna mengatakan bahawa "dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan." Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan begitulah juga sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.


"Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah dia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT." (HR Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)

Menyingkap kembali kisah para sahabat, tidak hairanlah apabila kita mengetahui 'Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa dia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi (Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan).

Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika mengamati bahawa kecintaannya anaknya itu telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah, Abu Bakar memerintahkannya untuk menceraikan isterinya, lalu Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya itu demi mempererat kembali cintanya kepada Allah SWT. 

Subhanallah, pasangan-pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah! Bagi mereka, cinta kepada Allah adalah segala-galanya dan harus diutamakan.

Lalu bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta dan bercouple sedangkan mereka ini belum bernikah? Bagi mereka ini, hanya ada dua jalan penyelesaian: (i) bersegeralah bernikah, ataupun (ii) berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai 'si dia' lebih daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.



Dari Anas RA, Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasul-Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)





Kesimpulannya di sini, Islam tidak melarang umatnya untuk saling mencintai serta berkasih sayang sesama manusia, namun ianya haruslah berpandukan Shariah dengan mematuhi batasan serta mengikut saluran yang betul. Dan untuk bercinta, Islam mengajar kita supaya melalui peringkat cinta yang sebenarnya dengan sentiasa mengutamakan cinta kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua beroleh nikmat cinta yang sebenar dari-Nya... Aamiiin..

Friday 8 July 2011

Rahsia Hikmah Solat



  Antara hikmah dalam menunaikan solat ialah:-
1. Menghubungkan kita dengan Allah swt. Mempertingkatan kesedaran tentang adanya Allah swt. Hubungan ini akan mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang di tegahNya.
2. Membina rasa tenang dalam jiwa. Melahirkan rasa sabar yang sebenarnya. Mengurangkan rasa ego dan sombong. Hubungan ini juga melahirkan dan meningkatkan rasa keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini.
3. Solat yang sempurna melahirkan syaksyiah atau peribadi muslim sejati. Mewujudkan potensi dalam jiwa. Mendidik rasa patuh dan taat pada kehendak-kehendak Allah swt. Berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sentiasa merujuk pada Allah swt.
4. Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan. Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt. Solat juga menjauhkan kita dari sifat lalai dan leka dengan perintah-perintah Allah swt.

                     Ammar

Hikmah Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah-Ammar

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.
Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah.However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.
Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.
Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.
Wallahu ‘a’lam

Pengenalan Diri Aku

Assalamualaikum...name saya Muhammad Ammar Bin Azman...cuma panggil saya Ammar sahaja..Ammar seorang yang simple sahaja..kalau nak di ikutkan Ammar ni bersahaja..Ammar menetap di Seremban..memang berasal dari Seremban sahaja...pengalaman tidaklah terlalu banyak sangat,cume pernah jugaklah pergi ke negara orang..pengalaman hidup belum pernah merasa yang pahit..yang manis tu ada,kalau nak di ikutkan memang semua orang dapat merasa kehidupan yang manis...Ammar suka bincangkan topik-topik lebih berkaitan ke arah islam..nak berdakwah tidaklah pandai sangat..sekadar hendak berkongsi ilmu boleh jugaklah..ape orang kate,masih mentah dan masih perlu belajar selok belok islam..Ammar harap kamu semua dapatlah terima perkongsian ilmu dari Ammar ye...